Tuesday, August 18, 2009

Kahwin atau tidak?


Kahwin atau tidak kahwin? Inilah dua perkara yang selalu menjadi persoalan segelentir umat manusia. Ada orang memperjuangkan idea bahawa setiap manusia harus kahwin dan ada juga orang yang mempertahankan pilihan mereka hidup tanpa terikat kepada perkahwinan. Pendek kata kita ada pilihan didalam hidup ini iaitu hidup berkahwin atau pun hidup membujang.


Sebaiknya didalam hal ini tidak perlulah kita terlalu mempersoalkan tentang hal ini sehingga menyebabkan persahabatan dan hubungan diantara kita menjadi tegang dan renggang. Kerana kita harus menghormati apa juga pilihan yang dibuat oleh seseorang. Kerana setiap manusia itu berhak memilih cara hidup yang dia fikirkan sesuai dan baik untuknya. Jadi, tugas kita bukanlah untuk mengutuk dan membenci pilihannya tetapi menghormati pilihannya. Samada dia senang atau susah dikemudian hari, itu adalah tanggungannya sendiri dan bukan menjadi masalah kita. Apa yang penting bagi kita ialah menghormati pilihannya dan jika perlu memberi sokongan yang sewajarnya.


Ingatlah didalam Alkitab tidak terdapat yang mewajibkan seseorang berkahwin atau membujang. Ini jelas sekali didalam Injil Matius yang berbunyi: "Karena ada orang yang tidak dapat kawin, sebab mereka memang lahir begitu. Ada juga yang tidak dapat kawin sebab ia dibuat begitu oleh orang lain. Dan ada pula yang memilih sendiri untuk tidak kawin, supaya dapat melayani Allah. Orang yang sanggup menerima pengajaran ini, biarlah ia menerimanya."(Mat.19:12)


Jestru itu, marilah kita saling menghormati cara hidup yang masing-masing kita pilih. Disamping itu, jangan lupa untuk saling memberi sokongan supaya kita setia dan tabah menempuh cara hidup yang kita sendiri pilih. Amin.

Friday, August 14, 2009

Bersunat

Satu daripada yang menjadi persoalan dikalangan umat Krisitan dimasa dahulu terutama sekali diantara abad pertama dan abad ketiga ialah sama ada seseorang yang mahu menjadi Kristian perlu disunat secara fisikal atau tidak. Ini bererti mengikut "Hukum Taurat" orang-orang Isreal. Perkara ini menimbulkan "perang mulut" diantara umat Kristian yang berbangsa Yahudi dan Non-Yahudi. Ini menyebabkan perpisahan dikalangan umat Kristian. Walau bagaimana pun, perkara ini kini dah selesai. Pada hari perkara ini kini menjadi sejarah saja, ia tidak dipakai lagi. Seperti yang dikatakan oleh Alkitab," Sebab bersunat atau tidak bersunat tidak penting. Yang penting ialah mentaati hukum-hukum Allah."( 1 Korintus 7:19).
Jadi, yang menjadi cabaran kita semua pada hari ini sebagai orag-orang Kristian ialah adakah kita "mentaati hukum-hukum Allah?" Dalam erti-kata yang lain, adakah kita mengikuti semua pengajaran Tuhan seperti yang terdapat didalam Alkitab dengan jujur dan setia atau tidak.
Cuba kita buat "periksa dan selidik" kepada diri kita masing-masing: Adakah kita mencintai Tuhan Allah sepenuh hati kita?, Adakah kita menyebut nama Tuhan secara tidak hormat?, Adakah kita setia pergi sembayang pada hari Minggu?, Adakah kita menghormati dan mencintai ibubapa kita? Pernah membunuh?, Pernah mencuri? Selalu berbohong? dan sebagainya. Marilah kita masing-masing bertanya kepada diri sendiri: "Saya taat kepada pengajaran Tuhan atau tidak?"
Saudara dan saudari, marilah kita setia dan taat kepada semua pengajaran Tuhan dan sentiasa menjauhkan segala jenis kejahatan. Marilah menjadi pengikut Tuhan yang saleh dan kudus. Amin.

Tuesday, August 11, 2009

Pandai tapi...


Firman Tuhan berbunyi: "Janganlah orang bijaksana bermegah kerana kebijaksanaannya"(Yeremia 9:23a). Kita harus berusaha untuk menjadi orang bijak atau orang pandai. Ini bererti, kita janganlah malas menimba dan mencari ilmu iaitu dengan membaca dan belajar bersungguh-sungguh agar menjadi manusia yang berpengetahuan dan berjaya didalam pelajaran. Tapi kalau dah berjaya jangan macam-macam pula!
Ada orang apabila dah berjaya didalam pelajaran mereka dan mendapat pekerjaan yang baik dan bergaji tinggi tetapi kedekut! Jarang membantu orang yang susah dan miskin; Ada pula orang yang pelajarannya tinggi sekali lalu mendapat kedudukan yang menjadikan dia sungguh berkuasa tetapi menyalah-gunakan kuasa; Disamping itu ada juga orang yang berpelajaran tinggi lalu mendapat berbagai pujian dan pangkat sehingga menjadi sombong dan kurang kerendahan hati. Dan.....tidak kurang juga orang yang berpelajaran tinggi dan menjadi kaya tetapi LUPA Tuhan yang Maha Esa! Sesungguhnya, sifat-sifat seperti diatas adalah tidak baik. Kerana itu, janganlah kita menjadi seperti mereka. Kita mesti ingat bahawa segala yang kita miliki termasuklah kebijaksanaan adalah datang daripada Tuhan. Sebab itu, janganlah lupa Tuhan kalau dah tinggi sekolah.


Tidak ada gunanya kalau kita tinggi pelajaran tetapi tinggi juga kesombongan. Kalau kita bersikap seperti ini maka padanlah kita digelar "pandai tapi bodoh!" Kerana melupakan Tuhan iaitu sumber segala kebijaksanaan. Jadi, marilah kita menjadi manusia yang berpelajaran tetapi sentiasa ingat kepada Tuhan dan taat kepada-Nya. Amin.


Wednesday, August 5, 2009

Jangan jemu berbuat baik bah!

Alkitab iaitu Firman Tuhan berseru, "Janganlah kita jemu-jemu berbuat baik"(Galatia 6:9a). Adakalanya kita jemu berbuat baik terutama sekali apabila apa yang kita lakukan tidak dihargai oleh penerimanya atau tidak mendapat pengakuan dari mana-mana pihak? Apakah kita menjadi lemah dan tidak bersemangat lagi untuk melakukan kebaikan? Dan akhirnya berhenti sama sekali melakukan kebaikan kerana tidak mendapat pujian atau sanjungan?
Saudara dan saudari, ingatlah bahawa tidak ada orang kita memaksa kita untuk melakukan kebaikan. Kita biasanya memilih untuk melakukanya kerana atas dasar cintakan sesama manusia dan didorong kuat oleh pengajaran agama yang kita ikuti. Tuhan mengajar kita supaya berbuat baik terutama sekli kepada golongan yang miskin dan kekurangan. Sebab itu kita melibatkan diri didalam aktiviti kebajikan. Kerana mahu beramal dan berkhidmat kepada orang-orang yang memerlukan bantuan tanpa memikirkan apa-apa balasan dan ganjaran.
Jadi, janganlah lemah semangat untuk terus melakukan kebaikan kepada sesama manusia meskipun tidak mendapat apa-apa penghargaan atau pujian dan balasan dari mana-mana pihak di dunia ini. Kerana yang penting didalam melakukan kebaikan ialah memberi dan bukannya menerima pujian atau balasan daripada penerima. Janganlah terlalu gilakan pujian dan balasan duniawi. Kerana kalau kita melakukan kebaikan dengan iklas dan jujur, Tuhan akan membalas segala perbuatan kita yang baik di kemudian hari.
Bersyukurlah dan berpuas hatilah dengan ucapan "Terima Kasih" dari orang yang kita bantu atau tolong. Jangan terlalu gilakan sijil penghargaan daripada mereka. Jadi, sesuai dengan pengajaran Alkitab, marilah kita melaksanakan apa yang diajar oleh Tuhan dimana Dia mengajak kita agar jangan jemu-jemu melakukan kebaikan kepada sesama manusia terutama sekali kepada mereka yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Ok, Selamat beramal kasih kepada sesama insan tanpa bosan! Amin.

Sunday, August 2, 2009

Roti kehidupan


Tuhan Yesus Kristus bersabda, "Akulah roti kehidupan" (Yoh.6:24a).


Manusia selalunya sibuk sekali mencari makanan iaitu "roti kehidupan" setiap hari. Kerana tidak mahu menjadi mangsa kelaparan! Kadang-kadang "stok makanan" banyak pun masih juga sibuk bekerja. Yaa....memang banyak manusia yang tidak pernah kenal merasa puas. Sudah banyak tapi masih mau lagi. Sudah kaya tapi mau tambah kaya lagi. Sesungguhnya, Ketamakan manusia memang susah dibendung dan dihalang. Tapi, kita mesti ingat bahawa "roti kehidupan duniawi" tidak berkekalan. Kerana ia biasanya masuk mulut pertama dan kemudian itu keluar di mulut kedua di belakang badan kita!


Kesibukan kita mencari "roti kehidupan duniawi" janganlah menyebabkan kita lupa mencari "roti kehidupan surgawi iaitu "Tubauh dan Darah Yesus Kristus." Sebab itu, jangan lupa pergi ke Gereja setiap hari Ahad atau pada hari Sabtu(Misa Senja). Kerana disinilah kita diberi dua jenis makanan iaitu dari Alkitab, iaitu Firman Tuhan dan Tubuh Kristus yang kita sambut didalam upacara Komuni. Sebab itu, jangan ponteng pergi Gereja. Rajin-rajinlah pergi ke Gereja atau pergi sembayang bukan saya untuk menunaikan kewajipan kita untuk pergi sembayang setiap minggu dan mendengar "Firman Tuhan. Tetapi lebih-lebih lagi untuk pergi menyambut "Tubuh dan Darah Kristus" didlaam Komuni. Sebab itu, saudara dan saudari terutama sekali umat Katolik, janganlah kita terlalu cenderung untuk mencari "roti kehidupan duniawi" sehingga lupa mencari "Roti Kehidupan Surgawi." Tetapi marilah kita utamakanlah "Roti Kehidupan Surgawi" dahulu. Jestru itu rajin-rajinlah pergi ke Gereja. Amin.